WAKTU SOLAT BAGI KAWASAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Sunday, July 23, 2006

Khuruj..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pujian yg setinggi-tingginya kehadrat Allah kerana telah beri taufiq kepada aku utk melapangkan masa di jalan Allah selama satu hari bermula jumaat mlm. Ape yg aku tulis ni sekadar satu laporan utk di kongsi bersama.

Dan betapa seronoknya aku krn dapat bwk 4 org baru. Kami semuanya seramai 10 org dari uitm nih. Keluar dgn jemaah jelatang dan bayan hidayat di masjid kg baru dan diberikan oleh jemaah johor baharu yg sedang buat usaha di alor gajah ni. Jemaah kami pada awalnya seramai 23 org (10 dari uitm, 3 kolej risda & 10 karkun awam). Sepatutnya dah boleh bentuk 2 jemaah tapi disebabkan kebayakannya student yg beri masa 1 hari jemaah tak dpt dipecahkan.

Markaz putuskan utk buat usaha di masjid pdg sebang. Alhamdulillah, penerimaan masyarakat tempatan sgt bagus walaupun kat situ xde karkun yg buat usaha. Kami di fahamkan jemaah kami adalah jemaah ke 2 yg dibenarkan masuk setelah lbh 15 thn jemaah tak dibenarkan msk ( jemaah pertama adalah jemaah setahun jalan kaki dari pakistan beberapa bulan lps). So, amer shab tekankan supaya jaga adab tertib dgn betul supaya tak jadi asbab fitnah utk jemaah lain msk.

Aku di putuskan khidmat masak dgn cikgu bakhtiar dan rahim risda. Agak letih jugak sbb nak msk utk 30 org. Tapi yg bestnya aku dapat belajar masak nasi bariyani dgn c. bakhtiar. Lps zuhur bilangan karkun makin bertambah ke 30 org. Dah mcm jorh kecil lak.

Lps mkn aku bersembang dgn sarjan jemain yg baru pencen 2 minggu. Dia azam utk keluar 4 bln lps jorh. Sembang punya sembang x sedar lak dah nak msk asar. Mlm lps isyak kami di beri bayan tangguh awal oleh hj junaidi. Lps subuh terus bertolak pulang ke uitm. Insyaallah mlm ni semua yg keluar azam utk hadir program ziarah mingguan di masjid...

" Ya Allah, sesungguhnya kami jahil, tak tau apa2 pun tentang kerja agama yg mulia ni. Kami tak layak oleh kerana dosa2 kami. Tapi dgn Rahim Mu, Kau telah pilih kami yg hina ini. Berilah kami petunjuk dan bantulah kami. Ya Allah, kami belum buat apa2 pun utk agama Mu.. Semuanya Engkau yang lakukan..."

Wallahua'lam..

No comments: