WAKTU SOLAT BAGI KAWASAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Sunday, July 16, 2006

Ahad...

Alhamdulillah... Mlm tadi aku berkesempatan hadir mlm sabkuzari di markaz tengkera. Aku pergi berdua dgn lokman. Nak ajak Khairuddin, dia lak tgh sebok. Karkun lain lak blk kampung. So, Lokman la yg jadi mangsa taskil aku. Lokman ni x penah lagi keluar 3 hari. Tapi dia ni berpotensi utk di sediakan kpd usaha ni. Sem lps dia pernah azam utk keluar. Atas kelemahan aku tak dpt gak nak keluarkan dia.

Aku bertolak ke markaz pukul 6 ptg. Plan nak gi naik motor je. Baru nak keluar dari kampus bertembung dgn hj junaidi. Dia ajak gi sekali dgn dia naik kereta. Utk menjimatkan minyak motor, aku ikut je hj junaidi. Sampai markaz agak lewat krn jln jem. Duduk majlis takrir yg di sampaikan oleh Tahrih KUTKM. Lps maghrib bayan dlm bahasa arab di sampaikan oleh jemaah dari Oman. Terjemah oleh Ustaz Abd Karim. Masyaallah... banyak manafaat yg aku dpt dlm bayan kali ni.

Lps hayatussahabah hj junaidi ajak mkn sekali. Dia bwk bekalan dari rumah. Lauk yg di masak oleh wife dia. Bertuah hj junaidi dpt wife yg teror masak. Dalam perjalanan balik hj junaidi banyak cerita pasal kelebihan mkn makanan yg di masak oleh ahlia sendiri. Tak kira la samada wife, kakak atau emak sendiri. Dia bagi tau, makanan yg ahlia msk akan beri kesan pada ibadat & dakwah kita berbanding mkn di kedai.

Dia bagi contoh satu kisah wali yg hebat dlm ibadat. Wali ni bila bersolah sehinggakan dia boleh terawang2. Semua org merasa takjub dgn kehebatan si wali ni. Wali ni pun beritahu pada isterinya tentang kehebatan ibadahnya yg membuatkan org begitu takjub. Lalu si isteri pun cabar utk tunjukkan semula kehebatan solahnya pada waktu zuhur yakni selepas wali ni makan tgh hari. Bila tiba waktu zuhur dia pun bersolah tapi kali ni dia tidak terawang2. Wali ni pun jadi hairan & bertanyakan pd si isteri. Jawab si isteri, sebelum2 ni dia akan jaga amalan dia sebelum masak (zikir, baca Quran, etc) & masak dgn adab2 sunnah. Tapi utk hari itu, satu amal pun dia tak buat. Maka tahulah si wali tadi kehebatan amalan dia bergantung pada amalan si isteri juga.

Banyak lagi sebenarnya kelebihan2 makan masakan isteri ni. Segala amal kebaikan seisi rumah akan di perolehi oleh si isteri yg bersusah payah menyediakan makanan utk ahli keluarganya. Insyaallah aku azam bila dah berkeluarga nanti aku takkan mkn di luar...

No comments: