WAKTU SOLAT BAGI KAWASAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Monday, July 24, 2006

Ntah ape2..

Hari ni kelas aku sampai kul 4 jerk.. Balik kelas terus pi alor gajah naik motor isi minyak yg dah kering... mujur la x sangkut tgh jalan.. kalu x menyorong la aku sorang2. hari ni je dah 2 x aku round alr gajah.. pagi td pi naik kereta jebat sbb nak hujan.. pi bsn keluarkan duit. dalam perjalanan balik bwk keter lbh 120 km/j.. saje nak try kelajuan kancil jebat yg ala2 mira nih. kat corner lipat aku cilok 80 km/j. fuh... terasa mcm kat tokyo drif lak...

Mlm ni aku nak pi kelemak.. nak tgk hp yg murah2.. sejak xde hp ni menyusahkan byk org lak. tepon umi mlm td & dia paksa aku cari hp yg murah2... pastu tepon unai.. dia pun suruh beli hp baru. tp bagi aku rasa selesa lak sejak 3 bln xde hp ni. x tau la nape aku rasa selesa lak...

History aku mula pakai hp ni sejak tingkatan 3. Mase tu pkai hp jenama sagem.. kat hostel sorokan hp tu kat dalam tin biskut.. takut kantoi dgn warden...ahaks..

Aku lebih selesa pakai nokia.. sblm ni pakai motorola.. baru pkai 4 bulan dah rosak.. Pasni nak pakai nokia jerk..

Aku yang sorang..

Aku yang sorang....
Hidup sorang...
Buat amende semua sorang...
Buang air memang lah sorang..
Lagi pun jamban aku memang memuat untuk sorang jerr..

Aku yang sorang....
Makan Sorang2..
Minum pun, sorang2...
Nak makan dua orang...
Tapi takut tak kenyang....

Aku yang sorang...
Bangun pagi sorang...
Tido pun sorang...
Hajat dihati nak tido dua orang..
Tapi buat sempit bilik pulak karang....

Berjalan sorang2...
Berlari pun sorang2...
Bejogging pun sorang2
Ingat nak ramai orang..
Tapi tu, maraton lah korang..

Lepak sorang2..
mimpi pun sorang2...
Berangan sorang2...
jiwang pun sorang2...
Pegi bandar sorang2..
balik bandar pun sorang2...
Dah sebulan aku tak ke bandar sebab ramai sangat orang..

Semalam aku sorang...
Kini aku masih sorang...
Esok lusa sorang lagi kot...
Tulat nanti gerenti memang sorang...
Tapi, dekat stadium semalam, ramai pulak orang..

Aku tahu...
Aku bukanlah orang berada...
Aku juga bukanlah orang glamer...
Dan aku bukanlah orang ternama...
Walaupun aku hanya orang biasa...
Aku tetap orang...

Dah lah tu, korang pegilah siapkan kerja tu sensorang..
Jangan ingat aku nak tolong korang.....
Nanti matipun, korang-aku sorang-sorang.
Tapi janganlah pulak hidup tak ingat orang
Sebab hidup kite' nie,walau-pun kekadang sorang
Tapi kite' tetap nak kena hidup dengan adanya orang...

Aku yg sesorang....
Still masih sesorang...
Selalu rasa boring sesorang..
Tapi aku tau yg kau pun mmg tgh sesorang kan?
Sbb kau baca artikel nie sensorang...
Ishhh....bosannya idup sensorang!!

p/s:
sajak ni aku copy & paste jerk..

Sunday, July 23, 2006

Khuruj..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pujian yg setinggi-tingginya kehadrat Allah kerana telah beri taufiq kepada aku utk melapangkan masa di jalan Allah selama satu hari bermula jumaat mlm. Ape yg aku tulis ni sekadar satu laporan utk di kongsi bersama.

Dan betapa seronoknya aku krn dapat bwk 4 org baru. Kami semuanya seramai 10 org dari uitm nih. Keluar dgn jemaah jelatang dan bayan hidayat di masjid kg baru dan diberikan oleh jemaah johor baharu yg sedang buat usaha di alor gajah ni. Jemaah kami pada awalnya seramai 23 org (10 dari uitm, 3 kolej risda & 10 karkun awam). Sepatutnya dah boleh bentuk 2 jemaah tapi disebabkan kebayakannya student yg beri masa 1 hari jemaah tak dpt dipecahkan.

Markaz putuskan utk buat usaha di masjid pdg sebang. Alhamdulillah, penerimaan masyarakat tempatan sgt bagus walaupun kat situ xde karkun yg buat usaha. Kami di fahamkan jemaah kami adalah jemaah ke 2 yg dibenarkan masuk setelah lbh 15 thn jemaah tak dibenarkan msk ( jemaah pertama adalah jemaah setahun jalan kaki dari pakistan beberapa bulan lps). So, amer shab tekankan supaya jaga adab tertib dgn betul supaya tak jadi asbab fitnah utk jemaah lain msk.

Aku di putuskan khidmat masak dgn cikgu bakhtiar dan rahim risda. Agak letih jugak sbb nak msk utk 30 org. Tapi yg bestnya aku dapat belajar masak nasi bariyani dgn c. bakhtiar. Lps zuhur bilangan karkun makin bertambah ke 30 org. Dah mcm jorh kecil lak.

Lps mkn aku bersembang dgn sarjan jemain yg baru pencen 2 minggu. Dia azam utk keluar 4 bln lps jorh. Sembang punya sembang x sedar lak dah nak msk asar. Mlm lps isyak kami di beri bayan tangguh awal oleh hj junaidi. Lps subuh terus bertolak pulang ke uitm. Insyaallah mlm ni semua yg keluar azam utk hadir program ziarah mingguan di masjid...

" Ya Allah, sesungguhnya kami jahil, tak tau apa2 pun tentang kerja agama yg mulia ni. Kami tak layak oleh kerana dosa2 kami. Tapi dgn Rahim Mu, Kau telah pilih kami yg hina ini. Berilah kami petunjuk dan bantulah kami. Ya Allah, kami belum buat apa2 pun utk agama Mu.. Semuanya Engkau yang lakukan..."

Wallahua'lam..

Susahnya mencari kawan..

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan sunnah barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program agama tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempatberhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyayian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh

Manusia, Malaikat dan Syaitan...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Monday, July 17, 2006

Alhamdulillah...

Aku baru je habis kelas LAW pukul 10 tadi. Kelas seterusnya ptg ni. Kul 2.30 & 4.30. Semesta ni kelas aku setiap hari habis kul 6.30 ptg. Solat asar aku terpaksalah lewat. Dan yg pastinya aku tak dapat duduk taalim. Tapi aku akan cuba sedaya upaya utk qada' taalim lps isyak. Setidak2nya dpt baca 1 hadith pun dan cukup. Takde la keras membatu hati aku ni bila tak dgr hadith2 nabi.

Malam tadi gash 1 kat masjid UiTM. Alhamdulillah kehadiran memberangsangkan. Staff yg hadir Hj Razali & Hj Junaidi. Ptg sebelum tu aku call Dr Sharif utk nusrah gash (merangkap pembayan) tapi dia lak sebok dgn kerja2 usuli utk jorh akan dtg ni. Masa gash masih mcm sblm ni, antara maghrib-isyak. Bayan lps isyak disampaikan oleh Hj Junaidi.

Alhamdulillah, bila taskilan di buat ramai yg bagi nama (asbab bayan josh yg di sampaikan). Paling ramai bdk2 part 1, ada dekat 10 org. Taskil utk keluar 1 1/2 hari pada minggu ini (21 hb). Mlm ni dah boleh mulakan kerja2 usuli. Route yg di putuskan di Masjid Kg Sri Tanjung. Semoga Allah pilih & permudahkan mereka2 yg beri azam ni utk keluar di jalan Allah....

Hadith


This hadith is good for those who are still doubtful to spend their time for khuruj fi sabilillah:

Abu Abs r.a. narrates that Rasul saw said whoever´s feet become dusty in the path of Allah, Allah will prohibit this feet from jahanam (Musnad Ahmad)

For those who like to go tourism:

Abu Umama ra said one man asked Rasul saw: Allow me to travel as tourist. Rasul saw answered: Tourism for my ummat is to strive in the path of Allah (Abu Dawud)

Solat lima waktu - 80 peratus tidak mengerjakannya ( Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah)

This article was forwarded by Ahmad Firdaus via email. Aku just copy and paste dan semoga ia menjadi satu iktibar kpd kita...

SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud: Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama.Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.

Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.``Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit. ``Malah ada juga yang sanggup membuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,'' kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Ja lan Pahang, Kuala Lumpur , baru-baru ini.

Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika. ``Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama.``Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum. ``Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja,'' terang beliau. Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati.

Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam. ``Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak. ``Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak . ``Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar. ``Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama,'' kata Fadzilah. Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya. Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang. Dr. Fadzilah mengakui kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan yang bersifat material. ``Allah s.w.t. menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah-Nya,'' ujarnya.

Sunday, July 16, 2006

Ahad...

Alhamdulillah... Mlm tadi aku berkesempatan hadir mlm sabkuzari di markaz tengkera. Aku pergi berdua dgn lokman. Nak ajak Khairuddin, dia lak tgh sebok. Karkun lain lak blk kampung. So, Lokman la yg jadi mangsa taskil aku. Lokman ni x penah lagi keluar 3 hari. Tapi dia ni berpotensi utk di sediakan kpd usaha ni. Sem lps dia pernah azam utk keluar. Atas kelemahan aku tak dpt gak nak keluarkan dia.

Aku bertolak ke markaz pukul 6 ptg. Plan nak gi naik motor je. Baru nak keluar dari kampus bertembung dgn hj junaidi. Dia ajak gi sekali dgn dia naik kereta. Utk menjimatkan minyak motor, aku ikut je hj junaidi. Sampai markaz agak lewat krn jln jem. Duduk majlis takrir yg di sampaikan oleh Tahrih KUTKM. Lps maghrib bayan dlm bahasa arab di sampaikan oleh jemaah dari Oman. Terjemah oleh Ustaz Abd Karim. Masyaallah... banyak manafaat yg aku dpt dlm bayan kali ni.

Lps hayatussahabah hj junaidi ajak mkn sekali. Dia bwk bekalan dari rumah. Lauk yg di masak oleh wife dia. Bertuah hj junaidi dpt wife yg teror masak. Dalam perjalanan balik hj junaidi banyak cerita pasal kelebihan mkn makanan yg di masak oleh ahlia sendiri. Tak kira la samada wife, kakak atau emak sendiri. Dia bagi tau, makanan yg ahlia msk akan beri kesan pada ibadat & dakwah kita berbanding mkn di kedai.

Dia bagi contoh satu kisah wali yg hebat dlm ibadat. Wali ni bila bersolah sehinggakan dia boleh terawang2. Semua org merasa takjub dgn kehebatan si wali ni. Wali ni pun beritahu pada isterinya tentang kehebatan ibadahnya yg membuatkan org begitu takjub. Lalu si isteri pun cabar utk tunjukkan semula kehebatan solahnya pada waktu zuhur yakni selepas wali ni makan tgh hari. Bila tiba waktu zuhur dia pun bersolah tapi kali ni dia tidak terawang2. Wali ni pun jadi hairan & bertanyakan pd si isteri. Jawab si isteri, sebelum2 ni dia akan jaga amalan dia sebelum masak (zikir, baca Quran, etc) & masak dgn adab2 sunnah. Tapi utk hari itu, satu amal pun dia tak buat. Maka tahulah si wali tadi kehebatan amalan dia bergantung pada amalan si isteri juga.

Banyak lagi sebenarnya kelebihan2 makan masakan isteri ni. Segala amal kebaikan seisi rumah akan di perolehi oleh si isteri yg bersusah payah menyediakan makanan utk ahli keluarganya. Insyaallah aku azam bila dah berkeluarga nanti aku takkan mkn di luar...

Saturday, July 15, 2006

Hari yang membosankan..

Alhamdulillah...
Hari ini aku free.. Xde nak wat pape. Nak berjalan2 keluar dari kampus ni road tax motor lak expired. So, aku ada la masa nak duk lama2 dpn pc ni. Chek email aku...ada 14 unread messages. Paling banyak sekali msg dari ahmad firdaus (also known as chinni). Chinni ni kawan mase aku same2 keluar tabligh 40 hari lepas SPM. Dekat 3 tahun aku x jumpa dia. Sekarang ni dia wat persediaan untuk sambung belajar ke UK. Semoga chinni akan jadi penggerak usaha tabligh di Uk nanti..

Bila aku baca msg2 dia ni membuatkan aku teringat kembali pengalaman aku keluar 40 hari kali pertama ke markaz Jitra, Kedah. Dalam jemaah kami ada 5 org student lepasan SPM termasuk aku. Kesemunya sekarang ni dah berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Firdaus buat persediaan ke UK di kolej MARA Banting, Rizman di Maktab Perguruan Islam Bangi (kali terakhir aku jumpa dia bulan lepas di sri petaling), Ameen di Kolej Telekom, sorang lagi ni aku terlupa namanya sekarang di Politeknik Johor Baharu (tahun lepas aku jumpa dia di markaz Johor Baharu) dan aku lak di UiTM ni. Alhamdulillah.. Allah yg atur semuanya.

Kesemua mereka ni dah jadi fikirman (penggerak tabligh) di tempat masing2. Aku lak still lagi lemah mcm dulu. Mcm langit dgn bumi kalau nak di bandingkan dgn depa2 semua. Bila igt2 balik rasa rindu pun ada. Rindu pada amer shab & pada rakan2 seusaha lain yg same2 keluar di Jitra. Semoga Allah temukan kita bersama di Syurga nanti...

Insyaallah mlm ni aku akan iktikaf malam sabkuzari di markaz tengkera. Nak cas blk iman aku yg lemah ni sejak balik 40 hari bulan lps. Duduk dlm suasana agama & bersama dgn ulamak2 & elders2 di markaz mlm ni. Aku akan pergi berdua dgn junior part1. Dia ni berpengalaman 40 hari. Bertambah la sikit bilangan karkun2 40 hari kat kampus aku ni. (campur junior ni ada 4 org yg berpengalaman 40 hari). Semoga usaha di kampus aku ni akan bertambah maju dgn bertambahnye bilangan karkun...

Nasihat Imam Al-Ghazali


Wahai anak!

Nasihat itu mudah, yang sulit adalah menerimanya; karena terasa pahit oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang. Terutama di kalangan penuntut ilmu yang membuang- buang waktu dalam mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi. Ia mengira bahwa di dalam ilmu tak bersari itulah terkandung keselamatan dan ke bahagiaan, dan ia menyangka tak perlu beramal. Inilah kepercayaan filsuf-filsuf. Ia tidak tahu bahwa ketika telah ada pada seseorang ilmu, maka apa yang memberatkan, seperti disabdakan Rasulullah saw, "Orang yang berat menanggung siksa di hari kiamat ialah orang yang berilmu namun tidak mendapat manfaat dari ilmunya itu."

Wahai anak!

Janganlah engkau hidup dengan kemiskinan amal dan kehilangan kemauan kerja. Yakinlah bahwa ilmu tanpa amal semata-mata tiak akan menyelamatkan orang. Jika di suatu medan pertempuran ada seseorang yang gagah berani dengan persenjataan lengkap dihadapkan dengan seekor singa yang galak, dapatkah senjatanya melindunginya dari bahaya, jika tidak diangkat, dipukulkan, dan ditikamkan? Tentu saja tidak akan menolong, kecuali jika diangkat, dipukulkan, dan ditikamkan! Demikian pula, jika seseorang membaca dan mempelajari seratus ribu masalah ilmiah, jika tidak diamalkan maka tidaklah akan mendatangkan faedah.

Wahai anak!

Berapa malam engkau berjaga guna mengulang-ulang ilmu, membaca buku, dan engkau haramkan tidur atas dirimu. Aku tidak tahu, apa yang menjadi pendorongmu. Jika yang menjadi pendorongmu adalah kehendak mencari material dan kesenangan dunia, atau mengejar pangkat atau mencari kelebihan atas kawan semata, maka malanglah engkau. Namun jika yang mendorongmu adalah keinginan untuk menghidupkan syariat Rasulullah saw, dan menyucikan budi pekertimu, dan menundukkan nafsu yang tiada henti mengajak kepada kejahatan, maka mujurlah engkau. Benar sekali kata seorang penyair, "Biarpun ngantuk menyiksa mata, akan percuma semata-mata. Jika tak karena Allah semata."

Wahai anak!

Hiduplah sebagaimana maumu. Namun ingat! Bahawasanya engkau akan mati. Dan cintailah siapa yang engkau sukai. Namun ingat! Engkau akan berpisah dengannya. Dan berbuatlah seperti yang kau kehendaki. Namun ingat! Engkau akan menerima balasannya nanti.

Salam Dari Maha Pencipta

Salam dari Maha Pencipta
Sering menjabat hidup kita
Dalam gembira dalam bahagia
Dalam Katrina dalam Rita
Dalam Tsunami dalam letusan gunung berapi

Namun sayang...
Salam itu kita sambut alpa
Dengan ragam manusia derhaka
Yang sering lalai, alpa dan terleka
Kesombongan, keegoan menggamit jiwa
Tanpa kenal Tuhan Yang Maha Esa

Acapkali kita lupa
Sedang Tuhan tidak pernah lupa
Tiap gerak langkah tutur kata
Tanpa tertinggal sekelumit jua

Rakan seperjuanganku...
Sambutlah salam dari Maha Pencipta
Dengan jiwa hamba yang redha
Suka atau kecewa
Kita harus yakin percaya
Dia Rabbi...yang lebih mengetahui segala

Allahuakbar!!..Allahuakbar!!..Allahuakbar!!..
Kau Maha Pencipta

Friday, July 14, 2006

First Entry

Alhamdulillah.. This is my first entry to this Blog. Just testing out the place. Maybe more on my thoughts the next time round. Wassalam...