WAKTU SOLAT BAGI KAWASAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Tuesday, January 03, 2012

Anugerah Allah..

Alhamdulillah tanggal 11/12/11 yang lepas saya dan isteri telah dianugerah & diamanahkan seorang bakal hafizah/alimah/daieyah yang telah selamat dilahirkan di hospital serdang. Anak ini kami namakan dengan NUR SUMAYYAH AUNI (cahaya kebanggaan yang lemah lembut). Semoga Allah berikan kesihatan & umur yang panjang utk anak ini berjasa kpd kedua org tuanya.

Thursday, August 11, 2011

Setelah 5 tahun berlalu juga...

5 tahun aku tinggalkan blog ni sejak aku grad dari uitm. dan... selepas 5 tahun juga aku bergelar suami pada seorang isteri yang cantik dan berakhlak mulia.. juga selepas 5 tahun aku kini bakal menjadi seorang ayah.. (actually aku dah ada sorang anak angkat perempuan.. wife aku yg amik masa dia masih bujang dulu.. jaga dari umur 2 bulan sampai la dah umur 6 tahun sekarang).. InsyaAllah wife aku dijangka melahirkan zuriat aku pada bulan disember ini.. 5 tahun juga berlalu dengan keslackan aku dalam usaha agama.. tapi selepas kawin ni jasbah aku dah bertambah sikit.. dapat mula kembali keluar 3 hari.. apepun, selepas 5 tahun yang telah berlalu ini aku amat bersyukur kerana masih diberikan umur yang panjang utk aku tatap kembali coretan2 dlm blog ini utk 5 tahun yg lepas.. Alahamdulillah thumma alhamdulillah...

Tuesday, August 09, 2011

Setelah 5 Tahun Berlalu..

MasyaAllah..

Setelah 5 tahun aku tinggalkan blog ni rupa2nya blog ni masih ada. Wajarkan aku aktive menulis semula catatan kehidupan aku?? Adakan masa utk aku update selalu?? Hmm.. tepuk dada tanya tuan empunya diri..

Monday, August 07, 2006

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari2 aku berjalan seperti biasa. Yang pentingnya bila berlalu shj hari semalam bermakna hari akan dtg (hari akhirat) semakin hampir... Bila?.. Entah esok...lusa...tulat..etc. Takde ape yg nak dicoretkan utk hari ini. Cume semalam ada peristiwa yg amat mengejutkan & menyedihkan aku....

Semalam sebelum blk ke melaka ni aku singgah ke MARSAH, Johor, utk berjumpa dgn jemaah-mate yg same2 keluar 40 hari dgn aku cuti lepas... Tak disangka aku terserempak dgn abg ..... (name adalah rahsia). Dia ni dulu x student madrasah Miftahul Ulum, sri petaling... Sekarang ni dia belajar di MARSAH.... Aku memang cukup mungenali dia sbb dia merupakan pelajar kesayangan pakcik aku & ustaz2 lain di madrasah dulu... Memang tawaduk orgnya dan kuat khidmat dgn maulana2... Selalu dia yg ambil tugas jadi bilal kat s.p. bila bilal elyas xde.. mase2 mula2 aku kenal dulu nampak nur pada wajahnya... Tapi sekarang semuanya berubah sejak dia keluar dari madrasah...

Perangai dia pun aku tgk dah lain... ntah la.. x tau nak ckp mcm mane lagi. Tu yg buat aku sedih n baru aku tersedar. Kalau org mcm ni yg dulu aku cukup kagum dgn sifatnya Allah boleh tukar dlm sekelip mata, x mustahil Allah juga boleh ubah aku... Ni yg aku cukup takut.. Lebih2 lagi kalau Allah keluarkan aku daripada manafaat usaha agama...

"Ya Allah, Kau yg memiliki hati hamba2mu.. Jgnlah Kau bolak-balikkan hatiku.. Tetapkanlah aku dalam taufiq dan hidayah Mu.. dan matikanlah aku dgn hidayahmu..
Ya Allah.. tambahkanlah hidayah dalam diriku.. kekalkanlah aku dalam hidayah Mu dan jadikan aku asbab hidayah seluruh alam.. Ya Allah.. terimalah aku dalam usaha agama Mu.. Kekalkanlah aku dalam usaha mulia ini sehingga hari kiamat... dan majukan aku dalam usaha ini.. Ya Rabbal a'lamin..."

Wednesday, August 02, 2006

Kisah benar..

P/s: Post ni aku copy and paste utk di kongsi bersama..

Asalamualaikum

So today, after Maghrib, i was in the New Territory Masjid; and after prayer an uncle got up and said that they were going to hold a little khutbah on eman. As i looked around i realized that the place was filled with Tablighi Jammaat people. The first things that came to my mind was how people complain about these brothers. Most of these complaints come from the way they act, the way they adhere to certain islamic beliefs, and when and what they preach. Im sure that some of you may have even heard them be the butt of many jokes.

So during the khutbah im sitting there and i realize, "man this is taking to long". Anyways, the brother began to mention that Sheikh Zubair of SE Houston once gave a khutbah, and in the khutbah he mentioned that 65% of converts to Islam become murtad. He said, "Whenever we[Tablighi Jammat] go to give dawah to people's houses, they turn us away.............

"When we go to the first man who prays just 5 times a day, he asks, why are you telling me this? Go to the man who only prays once a day."

"When we go to the second man who only prays once a day, he says: 'Dont you know that i pray everyday?' Go to the man who only prays Jumma."

"When we go to the man who only prays Jumaah, he says: 'Dont you know i attend Jummah salat every week? I never miss it!' Go to the man who only prays Eid."

"When we go to the man who only attends Eid prayer, he says: 'Why have you come to give me dawah? I dont need dawah, i pray Eid salat every year, im already a muslim.' Go to the Kufaar."

"When we go to the kufaar to give dawah, he points at the first man and says: "My neighbor prays 5 times a day, but his manner and the way he treats people like his wife and children, and his adaab is so awful. I dont ever want to be like that. Why should i be like that awful man? What good comes out of praying to your Lord, but not acting like a good person and having proper adaab?"

The brother went on to further say: "If those 65% one day came to the masjid and said we want to learn about Islam, or we need financial help, or our family has kicked us out of our help and me have become Muhahirs for the sake of Allah...or anything like that, homw many of us are willing to do anything to help them? How many doctors will say: "I cant be bothered, i have to see many patients tomorrow?" How many Engineers will say: "My boss needs soemthing due tomorrow, i cant help." How many students will say:" I have a final in Business Statistics, i cant waste any time for you?" How many people are going to take these "others" into their homes and feed them, and take them to Marshalls and clothe them, and give them shelter until they can find a means of sustenance?

About 1400+ years ago, there were a group of immigrants that came from a city 200 or so miles away to Medinah. The people of Medinah: shopkeepers, vendors, diamond and jewellery sellers and others took these "others" into their houses and fed and cloth them. And they offered their protection. If the "Muhajirs" come to us to seek knowledge, and Islam, why do we turn them away by making excuses? Islam doesnt thrive on excuses and false promises, it lives off sacrifice in this world, for the next.

This is why the Tablighi Jammat focuses on Muslims, and this is the basis of their work.

Seminggu yang lalu

Dah seminggu lbh aku tak menulis. Tak berkesempatan nak duduk lama2 dpn pc kat lib ni. Alhamdulillah semua urusan aku selama seminggu yg lps di permudahkan. Aku dah pakai hp baru, buku2 teks kebanyakannya aku dah beli & yg bestnya loan dah msk. Sem ni aku kene aturkan financial aku dgn cermat dan yg penting sem ni aku kene save rm1000 utk spent for 4 month after graduate.

Insyaallah minggu ni aku nak blk jb. Umi pun dah tertanya2 bila aku nak blk. Kalau aku blk jb mggu ni, cuti mid term ni aku x payah blk sana lagi. Aku nak terus turun kl utk same2 jayakan jorh di sri petaling. Semoga Allah permudahkan segala urusan jorh kali ini & permudahkan juga kpd mereka2 yg azam utk spent 40 days or 4 months in the parth of Allah.

Monday, July 24, 2006

Ntah ape2..

Hari ni kelas aku sampai kul 4 jerk.. Balik kelas terus pi alor gajah naik motor isi minyak yg dah kering... mujur la x sangkut tgh jalan.. kalu x menyorong la aku sorang2. hari ni je dah 2 x aku round alr gajah.. pagi td pi naik kereta jebat sbb nak hujan.. pi bsn keluarkan duit. dalam perjalanan balik bwk keter lbh 120 km/j.. saje nak try kelajuan kancil jebat yg ala2 mira nih. kat corner lipat aku cilok 80 km/j. fuh... terasa mcm kat tokyo drif lak...

Mlm ni aku nak pi kelemak.. nak tgk hp yg murah2.. sejak xde hp ni menyusahkan byk org lak. tepon umi mlm td & dia paksa aku cari hp yg murah2... pastu tepon unai.. dia pun suruh beli hp baru. tp bagi aku rasa selesa lak sejak 3 bln xde hp ni. x tau la nape aku rasa selesa lak...

History aku mula pakai hp ni sejak tingkatan 3. Mase tu pkai hp jenama sagem.. kat hostel sorokan hp tu kat dalam tin biskut.. takut kantoi dgn warden...ahaks..

Aku lebih selesa pakai nokia.. sblm ni pakai motorola.. baru pkai 4 bulan dah rosak.. Pasni nak pakai nokia jerk..

Aku yang sorang..

Aku yang sorang....
Hidup sorang...
Buat amende semua sorang...
Buang air memang lah sorang..
Lagi pun jamban aku memang memuat untuk sorang jerr..

Aku yang sorang....
Makan Sorang2..
Minum pun, sorang2...
Nak makan dua orang...
Tapi takut tak kenyang....

Aku yang sorang...
Bangun pagi sorang...
Tido pun sorang...
Hajat dihati nak tido dua orang..
Tapi buat sempit bilik pulak karang....

Berjalan sorang2...
Berlari pun sorang2...
Bejogging pun sorang2
Ingat nak ramai orang..
Tapi tu, maraton lah korang..

Lepak sorang2..
mimpi pun sorang2...
Berangan sorang2...
jiwang pun sorang2...
Pegi bandar sorang2..
balik bandar pun sorang2...
Dah sebulan aku tak ke bandar sebab ramai sangat orang..

Semalam aku sorang...
Kini aku masih sorang...
Esok lusa sorang lagi kot...
Tulat nanti gerenti memang sorang...
Tapi, dekat stadium semalam, ramai pulak orang..

Aku tahu...
Aku bukanlah orang berada...
Aku juga bukanlah orang glamer...
Dan aku bukanlah orang ternama...
Walaupun aku hanya orang biasa...
Aku tetap orang...

Dah lah tu, korang pegilah siapkan kerja tu sensorang..
Jangan ingat aku nak tolong korang.....
Nanti matipun, korang-aku sorang-sorang.
Tapi janganlah pulak hidup tak ingat orang
Sebab hidup kite' nie,walau-pun kekadang sorang
Tapi kite' tetap nak kena hidup dengan adanya orang...

Aku yg sesorang....
Still masih sesorang...
Selalu rasa boring sesorang..
Tapi aku tau yg kau pun mmg tgh sesorang kan?
Sbb kau baca artikel nie sensorang...
Ishhh....bosannya idup sensorang!!

p/s:
sajak ni aku copy & paste jerk..

Sunday, July 23, 2006

Khuruj..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pujian yg setinggi-tingginya kehadrat Allah kerana telah beri taufiq kepada aku utk melapangkan masa di jalan Allah selama satu hari bermula jumaat mlm. Ape yg aku tulis ni sekadar satu laporan utk di kongsi bersama.

Dan betapa seronoknya aku krn dapat bwk 4 org baru. Kami semuanya seramai 10 org dari uitm nih. Keluar dgn jemaah jelatang dan bayan hidayat di masjid kg baru dan diberikan oleh jemaah johor baharu yg sedang buat usaha di alor gajah ni. Jemaah kami pada awalnya seramai 23 org (10 dari uitm, 3 kolej risda & 10 karkun awam). Sepatutnya dah boleh bentuk 2 jemaah tapi disebabkan kebayakannya student yg beri masa 1 hari jemaah tak dpt dipecahkan.

Markaz putuskan utk buat usaha di masjid pdg sebang. Alhamdulillah, penerimaan masyarakat tempatan sgt bagus walaupun kat situ xde karkun yg buat usaha. Kami di fahamkan jemaah kami adalah jemaah ke 2 yg dibenarkan masuk setelah lbh 15 thn jemaah tak dibenarkan msk ( jemaah pertama adalah jemaah setahun jalan kaki dari pakistan beberapa bulan lps). So, amer shab tekankan supaya jaga adab tertib dgn betul supaya tak jadi asbab fitnah utk jemaah lain msk.

Aku di putuskan khidmat masak dgn cikgu bakhtiar dan rahim risda. Agak letih jugak sbb nak msk utk 30 org. Tapi yg bestnya aku dapat belajar masak nasi bariyani dgn c. bakhtiar. Lps zuhur bilangan karkun makin bertambah ke 30 org. Dah mcm jorh kecil lak.

Lps mkn aku bersembang dgn sarjan jemain yg baru pencen 2 minggu. Dia azam utk keluar 4 bln lps jorh. Sembang punya sembang x sedar lak dah nak msk asar. Mlm lps isyak kami di beri bayan tangguh awal oleh hj junaidi. Lps subuh terus bertolak pulang ke uitm. Insyaallah mlm ni semua yg keluar azam utk hadir program ziarah mingguan di masjid...

" Ya Allah, sesungguhnya kami jahil, tak tau apa2 pun tentang kerja agama yg mulia ni. Kami tak layak oleh kerana dosa2 kami. Tapi dgn Rahim Mu, Kau telah pilih kami yg hina ini. Berilah kami petunjuk dan bantulah kami. Ya Allah, kami belum buat apa2 pun utk agama Mu.. Semuanya Engkau yang lakukan..."

Wallahua'lam..

Susahnya mencari kawan..

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan sunnah barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program agama tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempatberhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyayian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh

Manusia, Malaikat dan Syaitan...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...